news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Bingkisan Rohani
Bingkisan Rohani
Kepimpinan dan Integriti

integritiSebenarnya cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau swasta amat banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti. Banyak halangan untuk mencapai dan merealisasikan falsafah Pelan Integriti Nasional (PIN). Antaranya termasuklah:

 
Bersegeralah Melakukan Amalan Baik

amalan_baikDiam tak diam, tahun 2015 telah pun melabuhkan tirainya.  Segala peristiwa yang manis mahupun yang pahit tidak akan dapat diulangi lagi. Walau sehebat mana pun manusia itu, yang pergi tetap akan pergi. Peluang yang tinggal untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, menimba ilmu atau apa jua yang terhasrat di relung hati ada terbentang di masa hadapan setiap diri manusia. Namun itu hanya perancangan kerana Allah yang akan menentukan.

 
Jangan Tuduh Orang Islam Sebagai Murtad

tuduholeh AMINI AMIR ABDULLAH

 

ADALAH satu perkara yang menyedihkan apabila fenomena kafir mengkafir berlaku lagi. Kali ini dalam bentuk yang berbeza. Apa hukumnya menuduh orang Islam atau kumpulan Islam yang lain sebagai murtad? Pertama kali saya dengar pertuduhan sebegini. Semuanya kerana persoalan politik caca merba kerana pilihan raya sudah hampir tiba. Akidah Islamiah ialah ikatan atau simpulan kepercayaan yang terikat kuat di dalam jiwa yang tidak mungkin terurai yang berdasarkan kepada ajaran Allah s.w.t seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ia bukannya dinilai dan ditentukan oleh manusia hatta walau sebesar manapun keulamakannya.

 
Buruk & Baik Hawa Nafsu

harta

PERNAH kita memikirkan bahawa nafsu yang ada dalam diri kita boleh menerjahkan diri kita ke arah kebinasaan dan juga kehinaan? Dan pernahkah kita terfikir bahawa nafsu juga boleh mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan dan juga kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

 
« StartPrev123NextEnd »

Page 1 of 3


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.