news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Ensiklopedia
Ensiklopedia
Kesultanan Ternate

sultanKesultanan Ternate merupakan kesultanan terbesar di Kepulauan Maluku pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Sejak abad ke-10, Ternate dikenali sebagai pusat perdagangan rempah. Kapal dari Jawa, Melaka dan Arab sering belayar ke sana.

 
Al-Baythar: Pengkaji Flora & Fauna

oleh NUR SYUHADA ABDUL FATAH

 

IBNU al-Baythar atau nama lengkapnya Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad ad-Din bin al-Baythar al-Malaki, terkenal sebagai doktor haiwan, ahli botani dan farmakologi, serta sarjana ilmu tumbuh-tumbuhan.  Beliau banyak melakukan terapan dalam masalah-masalah tumbuhan sebagai “applied science” untuk keperluan ubat-ubatan.

 

Sebahagian ilmunya berasal dari Yunani, tetapi daripada 1400 ramuan ubat yang dikemukakan, sebanyak 300 buah ramuan merupakan penemuannya sendiri iaitu daripada tumbuh-tumbuhan. Buat pertama kalinya, al-Baythar menuntut ilmu di Seville, Sepanyol. Di sini beliau mengumpulkan berbagai jenis tanam-tanaman yang tumbuh di sekitar kota tersebut bersama dengan beberapa orang gurunya, iaitu Abu al-Abbas an-Nabati, Abdullah bin Shaleh dan Abu al-Hajjaj.

 
‘Mengembara’ Ke Dalam Tubuh Manusia

 

ABDUL LATHIEF AL-BAGHDADI, seorang pengembara dan ahli perubatan (ahli anatomi) dilahirkan pada 1162M di Baghdad dan meninggal pada 1231 di kota yang sama. Beliau seangkatan dengan Maimonides, iaitu ahli perubatan dan pengarang buku Aphorisme yang memuatkan sejumlah kritikan terhadap buku Galenus.

Riwayat hidupnya diketahui daripada sebuah autobiografi yang ditulisnya dan masih terdapat hingga kini. Autobiografi ini kemudiannya diberi catatan tambahan oleh seorang ahli sejarah yang turut terkenal pada zamannya, iaitu Ibnu Abi Ushaybi’ah.

 
Teori Ptolemy Di Bawah Akalnya

 

IBNU al-Syatir adalah ahli astronomi yang sangat penting dan berpengaruh dalam sejarah perabadan Islam. Beliau berhasil menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan individu dan kumpulan yang mengkaji serta mendalami ilmu astronomi.

 

Ibnu Al-Syatir pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir kayu. Selepas kematian bapanya ketika usia beliau enam tahun, turut menguasai ilmu kesenian ukiran.


Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan mereka sanggup membeli pada harga tinggi. Dengan menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak tempat termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu.

 




Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.