news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Jalur Didik
Jalur Didik
Mengenal Ulama Fasiq di Malaysia

oleh JUHAIDI YEAN ABDULLAH

 

ulama_fasiqSUMBANGAN cendekiawan dan ulama Islam kepada kemajuan ilmu dunia diiktiraf Timur dan Barat. Mereka menjadi pelopor dan pemimpin pelbagai cabang pengajian seperti sains, matematik, pengembaraanm navigasi, perubatan dan astronomi. Sebagai pendokong obor peradaban dan ilmu pengetahuan, mereka juga menubuhkan universiti dan perpustakaan terawal di dunia.

 
Kemajmukan & Cabaran Antara Tamadun

oleh SIDEK BABA


PROF. DATO’ DR. SIDEK BABA

ialah Profesor Pendidikan,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 

MUKADDIMAH

AL-QURAN dalam Surah al-Hujurat (ayat 13) memberikan perisyaratan yang jelas tentang corak kejadian manusia. Allah jadikan manusia berpasang-pasang, berbangsa-bangsa supaya antara mereka berlaku proses litaarafu atau kekenalan yang memberi jalan kepada pembinaan tamadun. Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah memberikan asas yang baik terhadap pedoman tamadun dalam masyarakat yang berbilang. Al-Quran dan faktor syara’ memberikan asas untuk membangun suatu model tamadun dengan bimbingan seorang Rasul pilihan yang membawa rahmah untuk seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin).

 
Ilmu, akhlak & Integriti

integriti25ogos11ILMU adalah suluh dalam kehidupan dan ia memberi makna pada diri. Tanpa ilmu, manusia dalam kejahilan dan meraba-raba mencari makna diri dan makna kehidupan. Pendidikan adalah suatu proses mengadabkan insan. Insan tidak hanya diajar tentang sesuatu, tetapi bagaimana sesuatu itu dapat membentuk diri dan sikap sehingga memberi kesan perubahan yang baik. Ilmu dan pendidikan sifatnya saling melengkapi kerana ilmu tanpa pendidikan ibarat ramuan yang tidak diolah dan pendidikan tanpa ilmu ibarat perjalanan tanpa pedoman.

 
Umat Melayu dan Agenda Pemerkasaan

Oleh SIDEK BABA


PROF DATO’ DR. SIDEK BABA

ialah Profesor Pendidikan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

KRISIS dan konflik adalah sesuatu yang lumrah bagi sesuatu umat yang sentiasa bergerak ke arah maju dan berwibawa. Krisis dan konflik menjadikan umat menyedari bahawa cabaran dalam kepimpinan dan kepengikutan adalah sesuatu yang tidak boleh diremehkan. Dalam konteks umat Melayu, krisis dan konflik boleh membawa kepada natijah positif dan juga natijah negatif. Ia menuntut kebijaksanaan tinggi bagaimana akar sebab konflik dikenal pasti kemudian strategi perawatan dilakukan. Ia menuntut kesabaran luarbiasa bagaimana krisis dapat dirongkai dengan baik dan usaha pemulihan dapat dikerjakan.

 

Umat Melayu di Malaysia hari ini menuntut faktor pemersatu wujud dalam pembangunan politik, ekonomi, pendidikan, agama, pembudayaan dan lain-lain. Ternyata perkembangan politik  umat Melayu kini amat  merimaskan. Tapak politik  umat Melayu semakin berpecah. Ini memungkinkan tawar menawar politik di luar lingkungan umat Melayu menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam bahasa demokrasi, umat Melayu berada dalam tahap yang agak kritikal untuk tampil memberikan kepimpinan bermakna di kalangan masyarakat yang berbilang.

 
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.