news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Kompas
Kompas
Bersangka Baik & Adil Terhadap Konflik Para Sahabat

sahabatMEMBACA sejarah umat manusia yang penuh dengan kecenderungan persengketaan / pertikaian rasanya amat sukar untuk menyimpulkan kebenarannya seratus peratus. Di samping itu, ketika kita membaca sejarah, kita diajak untuk menyelusuri “zon spekulasi” antara asbab al-waqi’ dengan motif sang pelakunya. Di sinilah diperlukan kearifan dan ketelitian dalam menyelusuri lembaran-lembaran sejarah, apatah lagi sejarah pertikaian awal umat Islam. Pada akhirnya, sejarah itu akan berbicara tentang hikmah dan pelajaran serta pengajaran berharga untuk menjadi bahan renungan dan rujukan umat Islam selanjutnya.

 
Humanisme & Hubungannya Dengan Pluralisme Agama

headSALAH satu ideologi yang mempunyai hubung kait dengan pluralisme agama ialah aliran Humanisme. Idealogi ini berpaksikan kepada faham manusia (human) itu sendiri yang merupakan agen yang paling penting dan utama (human centric) dalam alam ini.  Setiap perkara yang berlaku dan akan dilaksana mestilah dinilai oleh individu itu sendiri tanpa pertimbangan agama, budaya dan lain-lain lagi. Asal usul idealogi ini dapat dijejaki seawal zaman Yunani kuno empat atau lima kurun sebelum kedatangan Nabi Isa (a.s). Idealogi ini dicanangkan oleh golongan Sophist (golongan yang mencari hikmah dan kebenaran), dengan membawa idea mengenai individu adalah penentu segalanya termasuk kebenaran.

 
Masalah Penggunaan Kalimah “Allah” dari segi Terjemahan

kalimah(Isu kalimah Allah yang hangat dibincangkan sekarang sebenarnya bukanlah satu perkara baru. Ia telah pun dibincang dan diketengahkan oleh majalah Dakwah terbitan Mei 1982. Penjelasan mengenai isu ini dibuat dengan begitu komprehensif oleh DZULKIFLI ABDUL RAZAK, biarpun isu berkenaan belum begitu serius pada waktu itu. Beliau mengupas topik ini atas kebimbangan perkara ini akan memberi kesan kepada akidah umat Islam pada masa akan datang. Berikut adalah tulisan beliau).

 
Pencorakan Pembangunan Berteraskan Tasawur Islam

oleh MOHD SHUKRI HANAPI

 

tasawurSESUATU pembangunan yang muncul sudah tentu ia dicorak berasaskan kepada acuannya yang tersendiri. Misalnya, dalam teori pembangunan lazim, pembangunan dikatakan muncul hanya dari dua acuan falsafah. Pertama, falsafah pasca-klasikal, manakala kedua, falsafah radikal. Adapun pembangunan berteraskan Islam pula, ia dicorak berasaskan acuan tasawur Islam.

 
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.