news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Tafsir
Tafsir
Hakikat Manusia Sebagai Khalifah

bumiSEBENARNYA pada kali ini penulis sengaja ingin menafsirkan ayat 30 daripada surah al-Baqarah. Ini kerana kita berada dalam suasana iklim politik pilihan raya sama ada sedang atau sudah berlangsung. Kami nyatakan bahawa kurniaan Allah s.w.t dan limpahan rahmat serta nikmat terhadap hamba-Nya, bermula penciptaan sehinggalah penguasaan mereka segala yang ada di bumi. Lantas Allah s.w.t mengiringi ayat seterusnya berhubung dengan muqadimah penciptaan Adam a.s.

 
Wanita Solehah: Keindahannya Dalam Islam

DIBUKA bicara mukaddimah tajuk ini dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Hai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafsah). Maka tatkala (Muhammad)

 
Antara Fenomena Alam Dengan Tangan Manusia

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


MUTAKHIR ini terlalu banyak peristiwa dan kejadian bencana berlaku di sana sini. Ia mengingatkan kita musibah sama ada disebabkan fenomena alam atau tangan-tangan manusia yang menjadi penyebabnya. Begitu juga adakah ia sebagai ujian daripada Yang Maha Esa atau sebagai musibah. Pada ruangan kali ini penulis ingin melihat tafsiran ayat 155-157 daripada surah al-Baqarah mengikut neraca para ulama.

 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.”

 




Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.