news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Muhasabah
Muhasabah
Relavankah Batasan Aurat?

batas_auratSeorang pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut ‘memesongkan perhatiannya’ sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007).

 
Ramadhan membuka segala Peluang

ramdhan_peluangBERPUASA menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah s.w.t dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Melaksanakan perintah-Nya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredaan Allah s.w.t.

 
Bahaya Lidah Bercabang

oleh IBNU MAJID

 

ORANG yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah s.w.t. Atau dengan pengertian yang lain, sebagaimana ditakrifkan oleh al-Quran dalam surah al-Fatir ayat 28, firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada hamba-Nya ialah ulama.”

Sesungguhnya Allah s.w.t juga mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sesuai dengan tahap pengetahuannya. Dari segi rialiti, ucapan mereka lebih bercirikan sifat-sifat kemunafikan, bukan sebagai sifat seorang ulama yang mewarisi teladan serta perbuatan daripada Rasulullah s.a.w.

 
Menghindari Bencana Kemalangan

Oleh IBNU MAJID

 

DALAM hubungan kelalaian manusia yang dikatakan punca berlakunya kemalangan jalan raya, memang ia  dianggap sebagai satu takdir dan takdirnya juga berlakunya kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian dan sikap buruk kita. Sikap seperti ini pada pandangan agama sebagai ‘tahlukah’ (menuju kebinasaan). Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan  diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berlaku  baiklah sungguhnya Allah s.w.t sukakan orang yang melakukan kebaikan.” (al-Baqarah: 195)

 

Memang benar takdir telah ditentukan Allah,tetapi kita tidak harus memahami takdir dalam pengertian segala sesuatu telah ditetapkan rincian kejadiannya oleh Allah, sehingga manusia tidak dapat mengelaknya. Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Sesiapa yang bersandar di tembok yang rapuh akan ditimpa reruntuhannya, dan sesiapa yang menjauhi tembok itu akan terselamat.Kedua-dua ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berpotensi untuk memilih dan berusaha menghindarinya.

 




Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.