news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Wacana
Wacana
Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah Kesinambungan Keindahan Ad-Deen Sebagai Cara Hidup

Penguatkuasaan, pendakwaan dan penghakiman adalah antara aspek-aspek di dalam proses pentadbiran keadilan jenayah yang menjadi lipatan kedua dalam konsep hisbah iaitu al-amr bil maaruf wa al-nahy ‘anil munkar - mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ad-Deen pula merupakan cara hidup yang syumul; a complete way of life. Ad-Deen bukan semata-mata bermaksud agama. Ad-Deen yang benar dalam sejarah manusia ialah ajaran yang dibawa oleh Nabi Adam AS yang kesinambungannya dipenuhi oleh ajaran yang diwahyukan daripada Allah menerusi nabi-nabi serta rasul-rasul-Nya selepas Adam AS dan kemudiannya disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir. Ajaran agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad itu merupakan agama yang sempurna dan diredai Allah sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Maidah, ayat tiga yang bermaksud: “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.”undang_undang

 
Bangunnya Sebuah Negara Kerana Agamawan

seminarSebahagian anggota masyarakat tertanya siapakah agamawan? Apakah pula perbezaan antara agamawan dengan para mufti, pendakwah dan ustaz serta ustazah yang biasa digunakan dalam media perdana negara? Hakikatnya, istilah agamawan mengandungi ruang definisi yang luas dan boleh difahami dalam pengertian yang khusus dan umum.

 
Adakah Jihad Itu Perang?

jihadIslam memberi banyak kelonggaran supaya pengamalan ajarannya tidak menjadi beban kepada umatnya. Apa yang mesti diamalkan hanyalah pengakuan akan Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan wajib disembah dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya. Sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji walaupun wajib, tetapi amalannya mengikut keadaan. Jika kerana sebab-sebab tertentu amalan yang wajib ini tidak dapat ditunaikan, maka ia tidak menyebabkan orang Islam menjadi murtad atau tidak Islam.

 
Adakah Jihad Itu Perang

adakah_jihad_perang Walaupun orang Islam begitu kuat berpegang kepada sunah-sunah Nabi,tetapi ini terhad kepada amalan-amalan dan ibadat-ibadat tertentu sahaja. Cara Nabi membangunkan umat Islam, cara Nabi menghapuskan kepercayaan kolot kaum jahiliah sehingga mereka dapat menegakkan tamadun yang tinggi, cara Nabi mendisiplinkan umat Islam dan memajukan mereka dalam serba-serbi ilmu pengetahuan, tidak termasuk dalam sunah-sunah Nabi yang diikuti oleh umat Islam sama ada di negara sekular ataupun di negara yang terus berpegang kepada Islam.

 
« StartPrev123456NextEnd »

Page 1 of 6


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.