news menu leftnews menu right
Laman Utama Ekonomi
Ekonomi
Muamalah Islam yang terpinggir

asyrafPekataan ‘muamalah’ mungkin telah biasa disebut atau didengari oleh masyarakat Islam di negara ini. Ini mungkin disebabkan pesatnya perkembangan perbankan dan sistem kewangan Islam.

Namun, di sebalik itu tidak ramai sebenarnya memahami dengan mendalam makna muamalah itu sendiri. Lebih teruk lagi ada juga yang memberi persepsi salah seperti perbankan Islam mengenakan faedah yang tinggi berbanding dengan bank konvensional. Kurangnya pemahaman masyarakat Islam bermuamalah secara Islam ini dapat dilihat dengan peratusan yang kecil menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan itu.

 
Kembalikan Kilauan Dinar Emas!

dinarEKONOMI Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada di luar negara dengan nilai yang terus menyusut.

 
Zakat Pemangkin Tamadun Ummah

Negara-negara Islam pada keseluruhannya adalah lemah dan miskin. Tetapi negara Islam yang kaya pula, sungguhpun bilangannya adalah kecil, namun sekiranya kekayaan itu diuruskan dengan bijaksana, maka negara Islam akan dapat tegak sebagai kuasa ekonomi dunia yang kuat. Di atas telah kita lihat bagaimana orang Islam di Arab Saudi yang membayar zakat fitrah secara individu sahaja, jumlah zakat fitrah itu telah sampai kepada jumlah yang agak besar, iaitu kira-kira 200 juta Riyal Saudi setahun. Jika hal ini dijadikan perbandingan maka jumlah zakat harta bagi individu yang kaya di negara tersebut, dan ditambah pula dengan jumlah syarikat-syarikat gergasi milik orang Islam, zakat pendapatan daripada gaji yang tinggi, dan jumlah simpanan wang yang tersimpan di dalam bank umpamanya, maka jumlahnya mungkin akan sampai ke tahap billion riyal pada setiap tahun.

 
Zakat Pemangkin Tamadun Ummah

oleh ISMAIL IBRAHIM


DATO’ DR. ISMAIL IBRAHIM

ialah Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim

Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Oleh kerana saudara seagama kita telah menyebut perkara ini, maka saya rasa kita perlulah membicarakan isu zakat ini dengan agak terperinci, walaupun tidak dalam konteks yang didakwakan itu, juga isu hak asasi manusia berdasarkan kebebasan manusia yang juga dikaitkan dengan isu berkenaan, yang meerupakan peningkatan cabaran yang kita hadapi pada hari ini dalam bidang sosial dan agama khususnya.

 

Dalam menghadapi segala cabaran inilah, ummah kita menghadapi berbagai-bagai krisis asasi dan sampingan di dalam politik dan ekonomi, ilmu dan budaya, sains dan teknologi, dan akibat daripada kelemahan kita menghadapi dan mengatasi segala cabaran ini, maka masyarakat Islam pada hari ini telah terperangkap di dalam berbagai-bagai krisis dan kemelut, sehingga umat Islam sentiasa berada dalam tekanan di dalam pelbagai sudut kehidupan mereka.

 
« StartPrev123NextEnd »

Page 1 of 3


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.